Friday 27 March 2015

TANGGUNGJAWAB

being responsible <3
See you guys again :) :) Assalamualaikum. Okay the word TANGGUNGJAWAB sangat-sangat besar bagi seseorang. Sebut je tanggungjawab mesti orang akan takut nak galas sebab that word sangat2 berat nak pikul. So apa yang nak citer kali nie pasal tanggungjawab adalah.................................

TANGGUNGJAWAB ANAK!!!!
sebagai anak kita wajib berbakti kepada kedua ibu dan ayah kita. Mereka lah yang banyak berkorban untuk kita selama nie. Jangan pernah mengabaikan tanggungjawab kita kepada mereka. Sekali kita menyakiti hati mereka, susah untuk mereka lupakan apa yang kita buat. terutama sekali, anak perempuan. 
Anak perempuan perlu menjaga maruah diri dan keluarga mereka. Jangan pernah sekali2 menconteng arang ke muka keluarga. Sekali kita dicemuh selamanya orang akan memandang hina kepada kita. seterusnya sebagai anak kita juga perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita kerana doa anak yang soleh mampu memayungi mereka ketika di alam barzakh kelak. Doa merupakan senjata orang mukmin. Jadi jangan pernah sesekali terleka untuk mendoakan mereka. Anak juga harus sentiasa ingat walaupun dah berjaya suatu hari nanti jangan lupa diri. berpijak lah pada bumi yang nyata. lawat lah ibu dan ayah walaupun sebusy mana kita ketika itu. Kerana waktu yang sekejap itu lah yang memberi banyak makna kepada mereka.

Orait. itu jelah mahu cerita. Satu je nak pesan, galas lah tanggungjawab dengan seikhlas hati. Terima Kasih <3<3<3

No comments: