Friday, 27 March 2015

Asam Pedas

Hasil carian imej untuk perut boroi kartunjom makan jom makan 
buncitkan perut anda!!!
JOM!!! ^-^
haha.. saja je nak bagi korang gemuk.
Disebabkan aku nie org melaka. Nak share sikit
resipi asam pedas melaka kat korang.Meh,meh baca..

 




Resipi Asam Pedas Melaka : 

 Bahan-bahan:
  • 4 keping ikan pari
  • 3 biji bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu lada hitam
  • 1/2 kunyit hidup 
  • 2 ulas bawang putih           
 Bahan-bahan untuk ditumis:
  • 1/2 bawang besar dihiris
  • 1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu the halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukup rasa
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato dipotong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai diketuk
  • daun kesum
  • minyak masak,garam dan gula jika perlu.
  Cara-cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang besar,halba,daun keri,dan biji sawi sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak
  3. Lepas tu masuk kan air asam jawa dan air, biarkan ia mendidih baru masukkan ikan dan bahan-bahan yang lain.
  4. Last sekali masuk kan garam dan gula secukup rasa. biar kan ia sampai masak.. Dan SEKARANG dah boleh dihidangkan.    
Nyam nyam dapnye...

1 comment:

Anonymous said...

sy tk minat asam pedas tpi sy harap dpt rsa asam pedas yg awk buat.. mgkin sy boleh jatuh hati kat asam pedas,, ahhaha